My photo
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia. Nama saya Raja Nur Farahanim Binti Raja Abdul Rahman. Just call me fara. (>_<)
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Sunday, March 11, 2012

Learn and Do..!

Lepas je interview, i terus pergi berkampung kat rumah opah..kebanyakan kawan-kawan semuanya kerja sementara..tujuan i berkampung kat rumah opah untuk teman opah dan spent masa dengan opah..maklumlah esok lusa bila sudah kerja, tiada masa nak buat macam itu..

Tapi walaupun tidak bekerja, i tetap ada aktiviti sendiri..sepanjang duduk dengan opah, i dapat belajar segala tentang pengurusan rumahtangga sepenuh masa termasuklah belajar masak, kemas rumah dan lain-lain..maklumlah opah sudah tidak larat nak buat kerja-kerja macam tu dah..kalau kat rumah i, belajar juga semua itu, cumanya bukan sepenuh masa, sebabnya, kadang-kadang my mom buat sekali kerja-kerja itu..tambah pula, my mom sibuk kerja, kasihan kat my mom penat kerja nak kena layan i lak, so nak belajar masak itu agak terhad..huhu..duduk dengan opah, dapatlah belajar masak..i just cakap je nak belajar masak apa, then opah terus ajar..bahan-bahan masak pula, order je dari mak saudara i yang ada kedai kat kampung itu, and then dia hantar la..lagipun, mak saudara tu memang datang rumah opah hari-hari..suke suke, sebab opah ajar detail sangat..hehe

Selain itu, i dapat join kelas agama yang diadakan di rumah jiran sebelah rumah opah pada setiap hari khamis selama 2-3 jam..yang mengajar kelas itu adalah ustazah dan yang join kelas itu semuanya perempuan..pengisiannya adalah segala tentang sumber aqidah iaitu kelebihan dan kemuliaan al-Quran dan pengetahuan as-Sunnah..syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bila join kelas itu, dapat menambahkan ilmu serta apa yang kita terlupa dan tidak tahu, yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, yang boleh dan tidak boleh dan lain-lain, ustazah itu mengingatkan kita kembali..insyaAllah..Alhamdulillah.. (>_<)

Ermm dalam masa yang sama juga, dapat bergaul dan kenal kawan-kawan opah, jiran-jiran opah dan rapat dengan saudara-mara..Alhamdulillah..kalau dulu time raya dan kenduri je ziarah rumah saudara-mara, sampaikan bila terserempak kat mana-mana tidak berapa kenal..tapi sekarang, Alhamdulillah, bila terserempak kat mana-mana, siap boleh bertepuk tampar dan bergurau senda lagi..hehe

Selain itu juga, i terikut-ikut dengan opah i yang suka follow cerita bersiri dan ceramah serta majlis agama..hehe..cerita-cerita yang opah i follow adalah Gerak Khas, Roda-roda KL, Suria di Cordoba, Bicara Hati, Serapah Darah Bulan Madu dan Orang Tua Rumah Cahaya Cabut Lari..kalau pagi pula, Tanyalah Ustaz, Adik dan Al-Quran..setiap malam jumaat lak Semanis Kurma dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam..suke suke..hehe (>_<)

Memang sangat berbaloi dan sangat berharga pengalaman 'Learn and Do' yang i dapat ini..dan sangat-sangat seronok serta puas hati..so conclusion for my 'Learn and Do' adalah apa yang harus dan perlu dibuat, i buat, apa yang tidak boleh dilakukan, i tinggalkan..insyaAllah..sekali lagi, syukur Alhamdulillah..happy happy (>_<)

No comments:

Post a Comment