My photo
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia. Nama saya Raja Nur Farahanim Binti Raja Abdul Rahman. Just call me fara. (>_<)
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Thursday, May 3, 2012

SKGG Family Day

Family Day Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah (SKGG) telah diadakan pada 1 Mei 2012..my mum keje kat SKGG ni sebagai Penolong Kanan Kokurikulum..malam 30 April tuh kami bertolak dari rumah untuk menginap semalam di Swiss-Court Holiday Apartments..tempatnye agak privacy sebab ke dalam hutan..huhu..ermm dan tempat ni sangat sesuai dengan orang gila golf..dan padang golf ni pernah memenangi di antara padang golf tercantik..

the signs depan lobby hotel
Kami menginap di blok A apartment ini..

the signs to Block A
me in front of Block A
the Block A
the Block A
apartment kami
the view from our balcony..
tanda amaran kat pintu ke balcony..hehe
Pada esoknye, 1 Mei, pukul 9 pagi bermula lah programnye..Mula-mula kami semua breakfast..kemudian diperkenalkan dengan setiap staf sekolah bersama ahli keluarga masing-masing..Selepas itu, aktiviti permainan bermula..bermula dengan kanak-kanak sehingga yang dewasa..

permainan memasukkan bola dalam gelung..
permainan bersama keluarga..

Selepas habis permainan, acara mandi di kolam renang pula..hehe..tapi saya tak mandi la..anak-anak cikgu yang kecil-kecil semuanya mandi..hehe..lepas itu, kami semua lunch dengan nasi, ayam BBQ, ikan bakar n macam-macam lagi..setelah kenyang, majlis penyampaian hadiah diadakan dan sesi bergambar..

makanan yang habis dimakan..hehe
hadiah-hadiah yang disediakan..

sesi bergambar..
Selepas habis program, kami sekeluarga balik apartment dan kemas barang-barang dan terus check out..sebelum balik, kami berjalan menaiki kereta di sekitar Swiss Garden Hotel..cantik dan privacy tempatnya..huhu

the view form lobby's balcony
tempat hentian untuk lihat pemandangan
tempat untuk lihat pemandangan
pemandangan padang golf
Selepas bersiar-siar, kami pun balik ke rumah..Family Day SKGG best!! (>_<)

Saturday, April 28, 2012

berita posting..


Alhamdulillah..dengar sudah berita tentang posting..semoga semuanya berjalan dengan lancar..insyaAllah..aminn...
(>_<)

Tuesday, April 17, 2012

result SPP

Alhamdulillah..result interview SPP dah keluar..

the result!!

Alhamdulillah..syukur sangat2..dan tahniah kepada kawan-kawan lain..sekarang ni tunggu posting je dari kementerian..semoga kita semua dipermudahkan segala urusan selepas ni..insyaAllah..aminn...
Alhamdulillah..
(>_<)

Sunday, April 15, 2012

~ Bella ~

Astro Bella 133
Ok..this channel is really telenovelas channel..hehe..ermm rindu nak baca novel sebenarnya..tapi dengan adanya Astro Bella neh, terubat rindu nak baca novel..hehe..

Telenovela yang saye suke tengok adalah Pobre Diabla Daniela..ceritanya tak lari kemana lah, macam biasa, perbezaan darjat lelaki dan perempuan..

Pobre Diabla Daniela

Telenovela yang kedua saye suke tengok adalah Emperatriz..pelakon perempuan yang jadi Emperatriz ni adalah pelakon La Usurpadora yang pernah tayang kat ntv7 dulu tuh..tetap cantik, cuma nampak tua sikit la..hehe

Emperatriz

Telenovela seterusnya pule adalah Forever Yours atau dalam Spanish, Eternamente Tuya..kecil molek je heroinnya..huhu..ceritanya mengenai dua sahabat karib dari kecil, seorang anak orang kaya, seorang lagi anak orang biasa..

Eternamente Tuya

Inilah 3 telenovela latin yang saye suke tengok..Pobre Diabla Daniela, Emperatriz dan Forever Yours..hehe

Ada satu je telenovela filipina yang saye suke tengok iaitu Encantadia..ceritanya tentang dunia fantasi dan khayalan iaitu Encantadia..dunia ni dipenuhi dengan pari-pari or dewi-dewi..huhu..

Encantadia

Ok..ni la kerjanya hari-hari..dok layan dan ikut telenovela-telenovela neh walaupun kadang-kadang ada tertinggal beberapa episod..tapi takde masalah, sebabnye dia akan ulang balik..hehe

Ape-ape pun..I love Astro Bella..hehehe
\(>_<)/

Tuesday, April 10, 2012

konvo

Alhamdulillah..dengar dah berita pasal konvo..huhu..

surat jemputan konvo

konvo saye pada 8 Mei 2012, jam 8.30 pagi..huhu

hari dan masa pengurniaan
so, dah start kene survey baju dan kasut for konvo..dan kene settlekan segala benda yang diperlukan untuk konvo ni..huhu..semoga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..amin...
(>_<)

Sunday, March 11, 2012

Learn and Do..!

Lepas je interview, i terus pergi berkampung kat rumah opah..kebanyakan kawan-kawan semuanya kerja sementara..tujuan i berkampung kat rumah opah untuk teman opah dan spent masa dengan opah..maklumlah esok lusa bila sudah kerja, tiada masa nak buat macam itu..

Tapi walaupun tidak bekerja, i tetap ada aktiviti sendiri..sepanjang duduk dengan opah, i dapat belajar segala tentang pengurusan rumahtangga sepenuh masa termasuklah belajar masak, kemas rumah dan lain-lain..maklumlah opah sudah tidak larat nak buat kerja-kerja macam tu dah..kalau kat rumah i, belajar juga semua itu, cumanya bukan sepenuh masa, sebabnya, kadang-kadang my mom buat sekali kerja-kerja itu..tambah pula, my mom sibuk kerja, kasihan kat my mom penat kerja nak kena layan i lak, so nak belajar masak itu agak terhad..huhu..duduk dengan opah, dapatlah belajar masak..i just cakap je nak belajar masak apa, then opah terus ajar..bahan-bahan masak pula, order je dari mak saudara i yang ada kedai kat kampung itu, and then dia hantar la..lagipun, mak saudara tu memang datang rumah opah hari-hari..suke suke, sebab opah ajar detail sangat..hehe

Selain itu, i dapat join kelas agama yang diadakan di rumah jiran sebelah rumah opah pada setiap hari khamis selama 2-3 jam..yang mengajar kelas itu adalah ustazah dan yang join kelas itu semuanya perempuan..pengisiannya adalah segala tentang sumber aqidah iaitu kelebihan dan kemuliaan al-Quran dan pengetahuan as-Sunnah..syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bila join kelas itu, dapat menambahkan ilmu serta apa yang kita terlupa dan tidak tahu, yang baik dan yang buruk, yang halal dan yang haram, yang boleh dan tidak boleh dan lain-lain, ustazah itu mengingatkan kita kembali..insyaAllah..Alhamdulillah.. (>_<)

Ermm dalam masa yang sama juga, dapat bergaul dan kenal kawan-kawan opah, jiran-jiran opah dan rapat dengan saudara-mara..Alhamdulillah..kalau dulu time raya dan kenduri je ziarah rumah saudara-mara, sampaikan bila terserempak kat mana-mana tidak berapa kenal..tapi sekarang, Alhamdulillah, bila terserempak kat mana-mana, siap boleh bertepuk tampar dan bergurau senda lagi..hehe

Selain itu juga, i terikut-ikut dengan opah i yang suka follow cerita bersiri dan ceramah serta majlis agama..hehe..cerita-cerita yang opah i follow adalah Gerak Khas, Roda-roda KL, Suria di Cordoba, Bicara Hati, Serapah Darah Bulan Madu dan Orang Tua Rumah Cahaya Cabut Lari..kalau pagi pula, Tanyalah Ustaz, Adik dan Al-Quran..setiap malam jumaat lak Semanis Kurma dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam..suke suke..hehe (>_<)

Memang sangat berbaloi dan sangat berharga pengalaman 'Learn and Do' yang i dapat ini..dan sangat-sangat seronok serta puas hati..so conclusion for my 'Learn and Do' adalah apa yang harus dan perlu dibuat, i buat, apa yang tidak boleh dilakukan, i tinggalkan..insyaAllah..sekali lagi, syukur Alhamdulillah..happy happy (>_<)

Wednesday, February 8, 2012

holiday tak dirancang

27/1/2012 - interview kat Seberang Prai, Pulau Pinang

26/1/2012, i bertolak dengan my friend pukul 11.30 pagi..sampai sana dalam pukul 1.30 petang..then kami tunggu kawan-kawan lain sebab nak pergi makan sama-sama..kami tidur di Bukit Jawi Golf Resort..malam itu, kami berkumpul untuk study all about pendidikan, MARA dan isu semasa..

Esok paginye (27/1/2012), kami breakfast kat resort tu and then pukul 9 pagi bertolak ke tempat interview..kat sana kami jumpa kawan-kawan lain..kami semua masuk bilik yang sama tapi group berlainan..lepas itu, Alhamdulillah semuanya selesai..then kami berkumpul bergurau senda menghilangkan lega..hehe..kami bertolak balik rumah pukul 2, tapi singgah di Taiping untuk lunch..and then teruskan perjalanan balik masing-masing....

baru lepas interview
kat Bukit Jawi Golf Resort
*credit to fila untuk gambar-gambar ni... :))

*********************************************************************************************

2/2/2012-5/2/2012 - interview sambil jalan-jalan kat Putrajaya dan Kuala Lumpur..

2/2/2012 sampai kat putrajaya pukul 9 malam dengan my family..malam tu tido kat homestay presint 11..sampai sana nak cari kedai makan tapi tidak jumpa..kami terus pergi bangi dan makan kat sana..then esoknye (3/2/2012), my parents hantar i pergi interview kat Jabatan Perdana Menteri..kami bertolak pukul 7 dari homestay..jumpa kawan-kawan i kat sana..kami 3 group masuk interview dengan interviewer yang sama dan bilik yang sama..huhu..lepas itu, alhamdulillah semuanya selesai walaupun sebelum itu masing-masing takut dan risau..hehe..ermm da habis tu apa lagi, bergambar lah kami..hehe..then habis bergambar, kami pun balik ikut haluan masing-masing..i tunggu ayah datang amik...

tempat interview
bilik interview
saya kat depan office tuh
kami yang harus skema hari itu :)
kami
*credit to fila untuk gambar-gambar ni... :))

Balik je homestay, i pun tukar baju sebab nak pergi jalan-jalan kat KL..hehe...my family check out dari homestay tu dan kami pergi ke food court sebelah masjid Putrajaya sambil-sambil tunggu ayah sembahyang jumaat..then kami terus pergi Rasa Arena Food Court Alamanda untuk lunch..lepas itu, kami check in kat homestay Presint 9..then rehat n sembahyang, terus pergi KL..my sis nak beli external harddisk sambil-sambil survey handphone..sudah habis berjalan, kami berhenti makan sebelum balik Putrajaya...

Esoknye (4/2/2012), sepatutnya kami balik hari ini tapi disebabkan ada hal tidak dapat dielakkan, kami terus stay..lepas kami check out, kami bercadang nak jalan-jalan sekitar Putrajaya..masa itu kami ternampak Taman Botani, so kami pun terus masuk..cantik sangat dalam itu, itupun sudah tidak berapa terjaga..luas dan memang penat berjalan..kat sana boleh juga sewa basikal..tapi memandangkan masa kami datang kaunter tutup untuk rehat, jadi kami bercadang untuk berjalan sahaja..but berbaloi la lihat pemandangan cantik-cantik..i dengan my sis tidak lepaskan peluang untuk tangkap gamba..hehe...


Taman Botani Putrajaya
parking yang bercirikan alam semulajadi
peta Taman Botani
laluan masuk Taman Botani
bunga bergantungan
bunga bergantungan
yeayy!!hehe
berlatarbelakangkan laluan atas air
kat pokok ara
Terowong Bunga Kertas
inilah Terowong Bunga Kertas
saya di laluan terowong
tangga yang unik & cantik sebab diletakkan cangkerang kerang
pose di tangga cangkerang kerang
kerusi kat Taman Botani
salah satu pemandangan dari Taman Botani

Sudah puas melawat Taman Botani, kami pun pergi makan kat food court sebelah masjid..then kami singgah solat kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi..terpegun kejap masuk masjid tuh..cantik sangat..lepas itu, kami teruskan perjalanan sampai KL..kami singgah di Berjaya Times Square sebab my sis nak beli iPhone..sambil-sambil itu, tengok jam sudah pukul 8..dan my sis still lagi tidak settle, then ayah bercadang supaya kami stay lagi kat Putrajaya..sebelum balik Putrajaya, kami makan dulu..then esoknye (5/2/2012), kami balik ke Manjung, tapi singgah di KL untuk settlekan hal my sis..dan singgah lunch di Jejantas Sungai Buloh..sampai di Manjung lebih kurang pukul 4..

Inilah holiday yang tak dirancang..tapi pape pun seronok sebab having a great time dengan family dan kawan-kawan..hehe